Sebuah karya sulung Lynnda Abbas Pengalaman adalah guru terbaik. Yang tidak pernah berhenti mengingatkan semua orang samada yang mengalaminya mahupun yang mendengarnya. Pengalaman memupuk rasa empati, waspada, malah mendidik kita untuk menjadi lebih bijaksana dalam mendepani masa hadapan. Kompilasi cerpen, puisi dan kalam kalam puitis dalam naskah Hipokrasi Ikhlas ini merupakan lentera jiwa yang menelusuri perjalanan penulis sebagai aktivis sosial. Pelbagai masam manis kehidupan dipersembahkan dalam bentuk penulisan sebagai motivasi untuk dikecapi bersama agar kita lebih bersyukur. Naskah Hipokrasi Ikhlas ini merupakan kompilasi pengalaman dan perasaan yang dikutip sewaktu kembara dakwah, aktiviti berkebajikan dan pemerhatian penulis dalam bergelumang dengan mehnah dan kerenah manusia. Ini juga sebagai satu usaha kecil penulis untuk mewakafkan naskah ini pada tabung dana Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia, PIKDM yang sangat memerlukan dana pengurusan buat masa ini.
150 in stock
150 in stock
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175
© Hak Cipta Terpelihara 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)